Sunday, September 30, 2012

Cukupkah Susu diberi? Kenali tanda-tanda bayi peroleh susu badan sempurna~~

Cukupkah SUSU DIBERI?



' Saya beri susu ibu kpd bayi setiap tiga jam dan badannya juga naik. Namun, saya tak pasti berapkah byk susu dapat saya keluarkan dan berapa banyak yang diminumnya."

Ini pasti dialog biasa bagi wanitayang pertama kali bergelar ibu. Malah,usahkan yang baru menjadi ibu, wanita yang sudah beberapa kali bergelar ibu pn sukar mengesahkan sama ada susu badan yang diberikan memadai atau cukup utk si kecil.

Andai itu persoalannya, berikut antara panduan yang berkemungkinan besar boleh dijadikan pengukur si kecil mendapat pemakanan secukupnya:

* kerap tukar lampin

Lampin bayi sepatutnya ditukar enam hingga lapan kali sehari, selain buang air besar sekerap yang sepatutnya.


* kerap menyusu susu ibu

Secara purata bayi menyusu 8-12 kali sepanjang tempoh 24 jam. Bayi sepatutnya dapat menghisap susu ibu dengan mudah, baik dan lancar.

* berat badan naik

Selepas dua minggu, berat badan bayi seharusnya naik.

* wajah sihar berseri dan tidur lena

Jika bayi menyusu dengan baik, kulitnya nampak sihat dan ototnya berisi. Bayi cerdas dan aktif, nampak sihat dan warna kulit berseri-seri

Selain itu, antara perkara yang turut diutamakan adalah dakapan ibu ketika menyusukan bayi yang lebih utama daripada jumlah susu badan diberikan. Ini dapat dirasai sendiri oleh ibu apabila bayi berada dalam dakapannya. Pemberian susu ibu bermakan memberi kehangatan, pemakanan dan kasih sayang.Memahami tanda bayi mendapat pemakanan secukupnya adalah satu daripada perkara paling penting yang perlu dipelajari oleh mereka yang baru bergelar ibu. Jika ibu-ibu masih khuatir, dapatkan nasihat pakar penjagaan kesihatan profesional.

Pada masa yang sama,kesihatan bayi sama penting dengan kesihatan ibu. Sebagai ibu baru, antara langkah terbaikyang boleh dilakukan untuk dirinya sendiri dan bayinya ialah mengamalkan diet yang sihat. Pengambilan makanan kaya nutrien pada waktu makan yang tetap boleh membantu ibu mendapat tenaga dan stamina diperlukan untuk menjadi ibu terbaik.

Selain itu ibu boleh mengamalkan makan supplement untuk membekalkan nutrien diperlukan badannya. Ingin tahu kombinasi supplement yang kami cadangkan untuk ibu menyusu boleh hubungi saya:

1) di FB:Ime Ma'arof

2) like fanpage saya: Cantik Dan Sihat Center

3) email saya: ime_comgroupprima@yahoo.com

4) sms/whatsapp: 019-349 7802

5) COD: kajang - bangi- putrajaya - serdang - cyberjaya - balakong






No comments:

Post a Comment