Friday, December 28, 2012

Do it Yourself~~ UntuK CANTIK~~ JIMAT~~~

Kekurangan waktu utk memanjakan diri di spa atau pusat kecantikan? Kulit memerlukan belaian, ia bukan utk kecantikan satu hari sahaja bahkan sepanjang hidup.

Anda masih boleh memberi rawatan seperti di spa kepada kulit anda. Caranya DO IT YOURSELF . saya ada seberapa panduan utk dikongsikan bersama anda. 

sumber: majalah RAPI

utk BIBIR

Untk mendapatkan bibir yg sihat dan tidak kering mengelupas, begini caranya:
-dapatkan gula perang, madu, dan sedikit pelembap bibir.
-campurkan sedikit gula perang dan madu.
-masukkan pelembap bibir dan kacau sehingga teksturnya menjadi kilat
-sapu dan gosok perlahan pada bibir.
-dalam tempoh lima minit anda dapat melihat kesannya.

madu melembutkan bibir manakala gula perang menjadi skrub bagi menanggalkan sel kulit mati pada bahagian ini.



utk PELEMBAP WAJAH

kulit kering dan tidak bermaya bukanlah idaman setiap wanita. Cara paling mudah adalah dengan memberinya lembapan semulajadi bagi mengelakkan sebarang iritasi pada kulit jika tersalah produk.
-ambil satu uncang teh hijau dan bancuhkan dengan air suam.
-Apabila air sudah berubah warna, masukkan titisan vitaminc atau kapsul vitamin c kami shaklee....promote vitamin saya jap, tp kalu korg ada vitamin c lain leh juga...(cara paling mudah adalah serum wajah dalm kapsul, dilubangkan dan letakkan sedikit di dlm bancuhan teh hijau tadi)
-bekukan ais, tetapi sebelum ia keras sepenuhnya, masukkan pencungkil gigi kedalamnya. Ini bagi memudahkan anda utk menyapukan ais teh hijau ini pada wajah setelah ia beku sepenuhnya nanti.
-apabila teh hijau anda sudah beku, oleskan perlahan2 di sekitar wajah anda. Ia bukan sahaja menyegarkan tetapi memberi pelembapan semula jadi kepada kulit anda.



utk TUBUH

Selain kulit mati di wajah, anda harus menitikberatkan kulit badan anda. Selain mendapatkan rawatan lulur anda boleh membuat aduan skrub anda sendiri. Beginilah caranya:
-dapatkan tiga sudu besar minyak zaitun (extra virgin), dua sudu besar madu dan sedikit gula.
-campurkan ketiga2 bahan ini. kacau sebati.
-setelah mendapat tekstur kasar seperti skrub, mulalah lulur bahagian tubuh yang anda inginkan. --bancuhan skrub ini juga boleh disimpan jika anda mahu (letakkan dalam peti ais supaya ia tidak mengeras)
-anda juga boleh mencampurkan sedikit yogurt ke dalam bancuhan skrub anda ini. SETTLE!!


utk PENYEGAR SEMULA JADI (UTK KULIT MUKA)

utk mengatasi masalah kulit kering, gunakan penyegar dan pelembap. salah satu bahan semula jadi yang dipercayai amat berkesan utk mengatasi masalah ini adalah beras. Utk menghasilkn penyegar air beras tidak sukar.
-ambil beras (lbh baik jika organik)
-basuh beras seperti biasa.
-dapatkan air basuhannya dan simpan dlam bekas.
-ambil kapas muka dan gunakan air basuhan beras ini seperti penyegar.
-selepas menggunakannya, anda akan dapat merasai kesegaran pada kulit wajah anda. usah simpan air beras dlm tempoh lama, seelok2nya gunakan dalam tempoh satu hari sahaja. Jika mahu menggunakannya lagi, buat yang lain pada hari berikutnya.



utk TELAPAK KAKI

Jika anda memiliki telapak kaki yang agak kasar atau tumit yang 'pecah'. buatlah rawatan sendiri. Caranya mudah sahaja:-
-letak kan air suam ke dalam besen dan taburkan garam bukit.
-rendamkan kaki selama 15-20 minit.
-ambil berus dn gosok telapak kaki anda. 
-utk membuang sel kulit mati dan menghapuskan telapak kaki yang bermasalah, gunakan gula perang yang dicampurkan dengan sedikit madu sebagai skrub.



so, happy DIY~~~ jom kite buat sama...happy sharing :-) 

1. FB: ime Ma'arof

2. Like Fanpage: Cantik Dan Sihat Center

3. email me: ime_comgroupprima@yahoo.com

4. COD: semenyih, kajang, bandar baru bangi, balakong, serdang, putrajaya, cyberjaya... 


No comments:

Post a Comment